Friday, March 6, 2009

tipah tertipu..

Advertising company???
wahhh..gempak siot....mesti buat iklan, design banner, design iklan dan bermacam-macam lagi...aku dapat interview kat sini..canggih siut...aku mesti berusaha bersungguh2 ketika menjawab soalan interview...must be confident..ni peluang baikk punya...jangan lepaskan peluang..yess!! Management trainee pulak tu..aku suka!! aku suka!! heeee....

Di hari interview...
Aku datang untuk sesi interview di Ideal Approach,PJ di area PJ Hilton..sampai2 sahaja, penyambut tetamu menyambut kehadiran aku dengan penuh mesra..siap bagi soalan mathematics yang kacang gile kentang goreng untuk dijawab..aku pun masuk ke dalam bilik meeting dan kelihatan 7 orang interviewees yang lain sedang dan ada yang sudah siap menjawab soalan maths itu..ada juga peserta yang datang lambat dari aku..selesai menjawab aku berborak2 dgn ex-student uitm dan uum...

Selepas setengah jam kemudian kot..datang mamat india yg mungkin pangkatnya adalah seorang manager..die pun mula briefing berkenaan dengan company advertising nya ini iaitu Infinity Rank (lain benor dengan nama office, Ideal Approach)..pada hari ini, kami akan dinilai melalui cara kerja..kami semua telah dipisahkan dan diberikan kepada setiap anak buahnya..kiranya satu mentee satu mentor..aku dapat dengan kakak came from kelate..kak Ann namenye..

Pastu die berkata nak bawak pergi ke taman dato' harun... Aik~ ini sudah lain..cam pelik je..interview pun ade bawak keluar office ke..hmm~ die nak tunjukkan branch yang lain mungkin..ak membontoti sahaja kakak itu..kemudian, aku, kak ann, kak shila and mentee kak shila begerak ke dato harun naik teksi..ak tak bayar tambang langsung..sape suruh bawak jauh2..dorang la kena support mentee kn..

Pastu kami singgah di gerai nasi lemak tepi jalan..kita makan dulu.. nasi lemak yang ni pun aku x bayar..hahaha..kak shila rempit yang bayar..hahaha..padan muke..padan muke..padan muke...

Selesai sahaja makan...die mula briefing bekenaan company..company ni ditubuhkan pada tahun 1981 di Canada kononnya. dan mula berkembang ke filipina, china, hongkong, india, malaysia dan lagi ape tah..gempak siott...banyak tol branchnye.. selepas tu mula bercerita berkenaan dengan communication, marketing, flyers.. aik?? aku bertanya..kita buat flyers ke? (i mean design and print it).. Si shila rempit berkata yaa..kita wat flyers..

Selepas itu, barang dari kotak pula dikeluarkan, rupanya adalah sejenis alat hiasan rumah yang kononnya boleh menenangkan fikiran apabila mendengar aliran air. untuk memberikan bau yang sedap dan satu bilik boleh bau wangi, bolehlah titiskan pewangi aromaterapi ke dalam air.. Alat ni bernama water fountain..yeaahh..

Aku sudah meragui sesuatu..tapi masih bersabar dan mahu tengok apa yang akan berlaku sebenarnya..

Seterusnya kami bergerak ke kawasan sekolah menengah..masuk sekolah tersebut..dan trus mencari guru2 sekolah..kak ann ni nampak je cikgu terus disapa. "Salam cekgu..saya ada promosi untuk cikgu2 ni...hanya RM35 sahaja..kalo kita dengar aliran air die...tenang shaja..harga sebenar rm140, kalau di jusco sekarang rm70..sekarang kita jual rm35 je..murah.." Mulalah teknik marketing and promoting untuk menjual barang water fountain tersebut.. Adui~~ malu siot..

Aku masih layankan lagi..aku tengok bagaimana cara kak Ann promote barang, bagaimana dia menjawab soalan customer..ada seperti paksaan pun ade.. Aku hanya tercegat sahaja, tidak menolong langsung promosikan barang bodoh tu..lantak laa...xkuasa aku..haha.. Aku hanya mampu menebalkan muka..(nasib baik aku x sekolah kat situ..)

Selesai menjual di bilik guru, kami turun..ade seorang student di situ member salam kepada aku "Assalamualaikum cikgu"... haha... (Adik...akak ni salesgirl, bukan cikgu ye)

Kak shila and mentee nye pergi ke kantin, kak ann pula masuk bilik kaunseling..ade 2 orang cikgu..kak ann suruh aku masuk..aku malas sebab kasut aku ni payah sikit nak bukak..aku hanya tungu di luar..lantak kaulaa..kemudian aku cube call teman2 rapat..tapi line pulak bengong..aku bersabar lagi..off handfon..on balik..dapat call encik CEO..ak meluahkan perasaan dan aku terus cabut dari sekolah tu, aku hanya meninggalkan sahaja barang kak ann diluar bilik kaunseling..aku lari meninggalkan mereka..dari buang masa...tapi sebenarnya aku memang telah membuang masa..kak ann call, of cos la aku tak angkat..biar padan muka..sape nak bawak barang ko? padan muka..tipu aku lagi..

Huuaarrgghhh~~ aku tidak menyangka aku akan terkena begini.. aku apply ni pun di career fair pada sabtu lepas di Ciast..kakak promoter tu kata, management trainee..aku terus berminat.. ak segera ke walk in interview..interviewer hanya brief berkenaan syarikat advertisingnya..banyak company besar2 seperti maxis dan lain2 berkerjasama dengan companynya...ini sudah bagus...(memangla, sebagai penyebar flyers dengan memasukkan ke dalam sampul surat dan selitkan flyers di wiper kereta orang..)

rupanya, company di career fair juga ada yang menipu..aku yakin dan percaya dengan company Infinity Rank pon sebab ia dari career fair tersebut..jawatan yang ditawarkan juga menipu..management trainee sebenarnya adalah salesman untuk lelaki dan salesgirl untuk perempuan..

kate mereka..di sini senang sahaja untuk mendapat pangkat manager..kalo kite pandai, leh cepat naik manager.. contoh kak ann, baru bekerja sebulan sudah naik supervisor..hebat kan? next month konfem naek manager..mesti kaya..gaji belas2 ribu.. doctor and lawyer pon kalah dengan gaji hanya 2 ke 3 ribu sahaja..(kak Ann ngokngek ni la cakap camni)

Kesimpulannya..korang jangan mudah terpedaya dengan kononnya adevertising company..spatutnya salesman company..bullshit la...

3 comments:

Anonymous said...

oit.. si anggun ni sape ye sebenarnya ???

nafis said...

ngokngek gak ye company tu..
alahai ain..bestnye dapat dpt interview mcm tu..dtg interview trus keje..mane nk dpt cm tu kn..
haks

Anggunism said...

napi - best ko kate..haha..xabes intvw ak blah..haha

munyah - jeng jeng jeng...